Aku Suka Dia
Novel : Aku Suka Dia
Monday 29 October 2012 • 21:58 • 0 comments

BAB 1

Hari ini adalah hari terakhir SPM, dan kini telah pun tamat. Semua orang gembira sambil melaung, merdeka ! Merdeka ! Merdeka ! Aku juga melaung dengan sekuat hati. Lega, akhirnya aku dapat menjawab semua kertas dengan baik. Selepas ini, aku bersama rakan-rakan karibku, sudah berjanji selepas habis saja kertas terakhir, kami akan pergi ke kedai makanan segera yang berhampiran dengan sekolah kami. Sudah lama kami tidak keluar bersama.
Tiga minggu berhempas pulas mengulangkaji, mama mengawal pemakananku dan segala-segalanya harus mengikut peraturannya. Papa juga tidak menghalang, dia menyokong segala yang mama katakan. Mama kata, jika hendak belajar, jangan makan makanan ringan, jangan lupa solat, jangan keluar rumah, jangan dan jangan. Terlalu banyak pantang larang yang mama katakan. Aku menurut saja segala arahannya. Kini, semua berakhir.
Aku tercari-cari, dimana tiga orang sahabatku. Diantara kami, Ezza seorang saja yang bertudung. Tambahan pula, dia ni cun melecun plus comel. Tak hairanlah ramai yang berebut. ‘Untung Alif, kau dapat Ezza .’ Nama dia pun, comel, Ezza Fiella. Dan yang ‘hot’ macam model ni. Itulah dia, Deya Hanani. Dia juga tak kurang hebatnya. Part time modellah nak katakan. Seorang lagi tu, Alia Kaisara. Budak paling bijak diantara kami. Anak murid kesayangan cikgu. Dia ni simple aje dan dia ni budak gila Kpop. Tambah-tambah, group BIGBANG. Suka sangat dia dengan T.O.P salah seorang ahli dari group BIGBANG.
Dan aku pula, gadis biasa plus nerdy. Pakai cermin mata berbingkai tebal plus pakai braces, memang terserlah nerd aku. Kulit aku pula putih kemerah-merahan, rambut aku semula jadi coklat perang. Mata aku coklat jernih. Aku banyak mewarisi wajah papa. Ramai yang menganggap aku anak ‘mat saleh’. Padahal, aku 100% melayu tulen, papa melayu, mama melayu. Papa pernah kata, keturunan kami asalnya orang Arab. Entah, aku pun tak berapa nak tahu.
Kami berempat telah berkawan sejak di bangku sekolah rendah lagi. Kami berempat satu kelas sehinggalah masuk ke sekolah menengah, masih sekelas. Tapi apabila kami naik ke tingkatan 4, Deya ke kelas 4 Sains 2, manakala aku, Ezza dan Alia 4 Sains 1. Sehingga kini kami tetap bersama.
‘Naik lenguh kaki aku menunggu mereka. Kata nak jumpa lepas habis exam  Tapi seorang pun tak muncul-muncul lagi.’ Aku mengeluh.
Letih berdiri, aku duduk di kaki lima. Kebanyakan pelajar sudah pulang atau mungkin sudah keluar bersama-sama rakan yang lain. Sekolah lengang tanpa pelajar, kerana sekarang sudah lama bermula cuti akhir tahun.
Aku terfikir, apa yang harus aku lakukan selepas ini, dah habis sekolah dah pun. Harus mencari kerja part time atau duduk goyang kaki di rumah saja. Hmm, entah. Kalau mahu bekerja pasti mama dan papa tidak benarkan. Tapi tak apa, tak salah mencuba bertanya. Mana tahu mereka benarkan. Yelah, daripada aku duduk di rumah goyang kaki, baik aku mencari kerja. Ada faedahnya.
“Hai sorang je?” Tiba-tiba seseorang menegurku.
Terkejut bukan main aku. Nasib tak melatah. Kadang-kadang aku ni melatah macam orang tua. Aku tak tahu macam mana aku boleh dapat ‘penyakit’ melatah tu. Mama dan papa, tak ada pulak melatah. Tapi nenek sebelah papa, memang kuat melatah, pantang terkejut. Melalutlah dia, tambah-tambah Mak Lang aku, iaitu adik ayah aku. Kuat juga dia melatah. Mungkin faktor keturunan, aku jadi begitu.
Aku memandang wajah orang yang menegur aku tadi, rupanya Rayyan Hakimi. Satu-satunya lelaki yang membuat dadaku berdebar tak tentu arah. Aku membalas tegurannya.
“Ahh, taklah, duk bertiga ni.” Aku bergurau.
Dia ketawa kecil.
"Saya saje tanye awak soalan bodoh tu. Dari tadi duk sorang je, mane yang lain?" Dia bertanya tentang tiga orang sahabatku itu.
"Entah, dari tadi duk tunggu diorang sampai naik lenguh kaki ni. Kata nak jumpa lepas exam habis. Tapi sampai sekarang tak muncul-muncul pun." Aku berkata dan dalam tidak sedar aku telah meluahkan ketidakpuasan hatiku terhadap tiga orang rakanku itu.
"Ohh.. "
Sepi untuk seketika. Kami saling memandang, dia merenung tepat ke mataku. Aku jadi segan dan gugup.
“Awak buat apa kat sini? Tak balik lagi.” Tanyaku bagi menutup gugupku.
“Hmm, belum. Tengah tunggu umi ambil.” Balasnya.
“kenapa tunggu kat sini? Nanti umi awak tak jumpa pulak.”
“Saje, nak temankan awak. Lagipun saya baru lepas call tadi.” Tergelak kecil aku mendengar jawapannya. Kelihatan, tiga orang sahabatku berjalan beriringan dengan gelak ketawa.
‘Amboi, aku tunggu korang bukan main lama, boleh pulak korang bergelak ketawa dengan seronoknya.’ Kataku dalam hati.
“Awak pandang apa?” Tanya Rayyan.
“Haa, tu dia tiga orang budak bertuah. Lama gila aku tunggu dia, boleh pulak diorang seronok-seronok ya.” Cakapku lepas.
‘Opps, terlupa pulak yang si Rayyan ada kat depan aku ni. Kantoi cakap lepas, hilang keayuanku.’ Kataku dalam hati lagi.
Rayyan ketawa. Aduh ! Cair tengok dia ketawa. Macam terdengar alunan lagu yang mendayu-dayu bagi aku. Hilang rasa malu, bila terdengar tawa Rayyan. Aku ni memang dah angau tahap serius. Gelak dia pun aku kata macam lagu. Teringat aku akan waktu pertama kali aku mengenali dia.

****
Aku jalan bersendirian di koridor sekolah. Aku mengerling ke jam tanganku, jam sudah menunjukkan pukul 2.30 petang. Pergi dan pulang dari sekolah, aku naik skuter bersama Alia. Rumah aku dan dia hanya bersebelahan. Jadi mudahlah aku untuk menumpang, lagi pun papa dan mama, selalu sibuk. Jadi sukar untuk mereka menghantar atau mengambil aku dari sekolah.
Aku pulang lewat kerana Alia pergi berjumpa guru matematik tambahan kerana ingin bertanya tentang soalan yang dia tidak fahami. Dia tu mana boleh tahan kalau tak faham sesuatu, perasaan ingin tahu dia amat kuat sehingga masa itu juga dia mahukan jawapan. Aku malas mahu mengikutnya. Tak ada mood nak belajar. Nanti kat rumah aku cuba buat sendiri, tak paham jugak. Tanya saja lah kat Alia. Sebelah rumah je pun. Nak tak nak terpaksalah aku tunggu dia.
Dua rakanku yang lain, semuanya ada hal sendiri. Deya pulang awal ke rumah kerana, ibu tirinya tidak membenarkan dia pulang lewat. Ezza pula belajar bersama dengan Alif di perpustakaan. Bosan bila bersendirian. Aku mengelamun.
Sambil berjalan aku menundukkan wajah. Entah kenapa aku selalu buat begitu, aku pun tak tahu. Tiba-tiba, seseorang melanggar bahuku dengan kuat sehingga aku terjatuh terduduk. Habis buku-buku yang aku pegang berterabur. Cermin mata aku pula, entah ke mana ia terpelanting. Orang yang melanggar aku tadi tidak pula dia terjatuh.
Aku mengutip buku-buku aku yang berterabur tadi. Orang yang melanggar aku tadi cuba membantu aku mengutip buku-bukuku. Semasa aku mahu mengutip buku yang terakhir, tangan kami bersentuhan dengan tidak sengaja. Terkejut aku, cepat-cepat aku menarik tanganku. Dia ambil buku itu dan bangun.
Kemudian dia menghulurkan tangannya untuk membantu aku bangun dari duduk. Tanpa fikir panjang, aku menyambut hulurannya.
“Maaf, saya tak sengaja. Tak perasan tadi.” Katanya selepas aku berdiri kemudian menghulurkan buku itu. Aku menyambut buku itu.
“Ahh, tak apa. Salah saya jugak, sebab jalan menunduk.” Kataku sedikit gugup.
“Bahu awak okey? Saya rasa tadi saya terlanggar awak agak kuat.” Dia bertanya prihatin.
Baru aku sedar, bahuku agak sakit.
“Ehh, tak lah. Tak sakit pun.” Aku menipu.
“Are you sure?” Tanya dia lagi.
“Ya, tak apa. Sikit je ni.” Aku menjelaskan.
Tergelak kecil dia.
“Tadi kata tak sakit, pastu cakap sakit sikit. Mana satu ni?”
Aku kelu, tak tahu nak kata bagaimana. Hanya sengihanku sebagai jawapan.
“Ohh, awak Damia Amelia. Cantik nama tu, seperti orangnya.” Dia berkata setelah melihat tanda nama di bajuku. Pertama kali lelaki memujiku.
“Nama awak pula?” Aku bertanya pula.
Jari telunjuk tangan kanannya menunjuk ke pocket baju sekolah di dada kirinya. Menunjukkan tanda namanya. Aku cuba memerhati tetapi aku tidak nampak dengan jelas. Dia pelik memerhati tingkah lakuku.
“Ohh.. spek awak.” Katanya tiba-tiba.
‘Macam manalah aku boleh terlupa tentang cermin mata aku.’ Kataku dalam hati.
Kemudian dia menunduk untuk mengambil cermin mataku yang terjatuh tidak jauh dariku. Kemudian, dia memakaikan cermin mataku di wajahku. Segan dengan kelakuannya. Cepat-cepat aku mengalihkan wajahku. Kemudian aku memandang dia kembali. Baru jelas penglihatanku. Aku memerhatikan wajahnya. Wah! Boleh tahan kacak. Eh, bukan boleh tahan kacak, memang kacaklah.
“Hmm, terima kasih.. Err Rayyan Hakimi.” Kataku sambil memandang tanda nama di atas pocket baju sekolahnya. Hanya ada tanda nama tapi tiada lencana sekolah. 
“Just call me Rayyan. Actually, saya budak baru. Saya akan masuk kelas 5 Sains 1.” Katanya sambil tersenyum.
'Hah?! Kelas aku tu. Wah ! Patutlah tengok muka dia macam tak pernah nampak. Budak baru rupanya.' Aku berkata dalam hati.
"Eh, nampaknya lepas ni kita akan selalu berjumpalah. Saya dari 5 Sains 1 juga. Selamat datang ke sekolah ni dan selamat menjadi ahli 5 sains 1." Kataku sambil tersenyum.
"Wah ! Baguslah. Hmm, saya akan mula bersekolah esok. Okay, saya pergi dulu, umi saya ada kat pejabat, tengah uruskan pendaftaran saya. Mungkin dia tengah cari saya. Jumpa esok, Damia. Assalamualaikum." Katanya dengan semangat.
Tersenyum sendiri aku memerhatikan dia pergi. Terasa bagai terngiang-ngiang lagu Today was a fairy tale di telingaku. Hari yang sangat istimewa bagi aku.

****
Rayyan melambai-lambaikan tangannya di wajahku. Mungkin dia pelik aku diam memerhatikan dia. Kelakuan Rayyan menyedarkan aku dari kenangan yang lepas.
‘Terkantoi mengelamun depan dia pulak.’ Aku berkata perlahan yang hanya aku boleh mendengar.
"Hah? Awak cakap apa tadi?" Dia bertanya.
"Eh, tak ada apa-apa." Aku menjawab sambil tersengih.
“Okeylah, saya pergi dulu. Harap lepas ni kita boleh berjumpa lagi. Boleh kan?” Dia berkata sambil tersenyum.
“Ahh, ohh.. Mestilah boleh. Kalau ada jodoh, pasti kita akan berjumpa lagi. Okey ! Bye.” Aku menjawab sambil memberikan dia senyuman yang paling manis. 
“Harap sangat kita boleh berjumpa lagi lepas ni. Okay, bye, Damia. Assalamualaikum.”
Aku menjawab salamnya di dalam hati. Aku memerhatikan dia berjalan pergi meninggalkan aku. Tiba-tiba dia pusing ke belakang dan melambaikan tangannya ke padaku dan aku membalas lambaiannya, kemudian dia terus berjalan. Wah ! Machonya cara dia jalan. Gayanya macam model pun ada. Aku ketawa kecil. 
“Barghhh!” Segah Alia tiba-tiba.
“Ohh, mak !!” Melatah aku, kerana terkejut yang amat.
Melepas ketawa ketiga-tiga rakanku. Mentang-mentang sekolah dah lengang. Hilang terus ayu korang. Alia, jangan cakaplah. Ada orang ke, tak ada ke. Ketawa mengilai-ngilai macam Pontianak. Seram pulak dengar dia gelak.
“Woi ! Korang, sampai hati. Dahlah lambat, pastu korang terkejutkan aku pulak. Kalau aku ada sakit jantung, dah lama arwah tau. Korang ni memang tak sayang aku ke?” Bentakku.
“Alaa, aku gurau je lah. Seronok tengok kau terkejut. Comel tau ! Patutlah Rayyan suka kat kau.” Sakat Alia.
“Auchh !” Jerit Alia. Sakit kerana terkena cubitan berbisaku.
“Haa.. padan muka. Cakaplah lagi.” Marahku.
“Sorry, sorry. Aku gurau je lah. Alaa, macam kau tak kenal aku. Aku tau kau tak suka bergurau. Sorry eh? Tadi kitorang dah sampai lama, tapi ternampak kau tengah borak dengan Rayyan, kitorang tak nak kacau lah. Kan korangs?” Pujuk Alia.
“Hmm, hehe.. sorry lah eh.” Kata Ezza sambil buat muka comel.
“Alaa, kau ni, lambat sikit je. Tadi Ezza ni buat hal, tiba-tiba ‘bocor’ pulak, sampai kena baju dia. Tu yang lambat sebab pergi tolong mencuci.” Deya menjelaskan.
“Ish ! Tak payah lah cerita lah.” Marah Ezza. Mungkin dia segan.
“Alaa, tak yah nak segan sangat lah Ezza. Macam tak biasa. Okey, okey ! Dahlah. Tadi aku yang marah korang, ni korang pulak yang bergaduh. Aku dah lapar ni plus panas tunggu korang lama sangat. Kang korang yang jadi lauk aku.” Marahku.
“Okey, jom. Dah berbulan aku kempunan nak makan KFC. Mak akulah tak kasi makan makanan ringan.” Adu Alia.
“Haa, sama lah kitorang.” Jawab Aku dan Ezza serentak. Deya hanya tersengih-sengih.
Sambil bergurau senda kami berjalan ke kedai makanan segera tersebut. Aku menyentuh dadaku, ia berdetak dengan laju, aku pasti, hati aku memilih dia dan dia yang pertama membuat aku berasa begitu. Aku berharap sangat dapat berjumpa 'dia' lagi.


BAB 2

Seminggu selepas SPM, tiada apa-apa yang menarik dapat dibuat. Mama sibuk dengan butiknya, papa asyik out station aje. Kakak dan abangku sudah lama tidak pulang, mungkin sibuk dengan kerjaya masing-masing. Lagipun, kakak sulungku baru sahaja melahirkan anak pertamanya dua bulan lepas. Selalu juga aku dan mama pergi melawatnya.
Sekarang aku tinggal bersama pembantu rumahku sahaja, aku memanggilnya ibu. Sudah biasa memanggilnya begitu sejak kecil. Dia juga selesa aku memanggilnya begitu. Dia pernah berkahwin tapi telah bercerai dan dia tidak ada anak. Hanya pada aku dia curahkan kasih sayang. Dia kasihkan aku seperti anaknya sendiri. Aku sering membantunya mengemas rumah. Sekarang umurnya sudah 50 tahun. Tapi dia masih berkhidmat untuk kami sekeluarga, kami juga sudah menganggap dia sebahagian dari keluarga kami.
Hari ini, aku membantu ibu memasak kari ketam. Sudah banyak resepi yang aku pelajari dari ibu. Sungguh seronok memasak, bukan susah, masukkan sahaja mana-mana bahan yang sesuai dengan makanan itu, pasti rasa dia menjadi. Itulah kata-kata ibu semasa aku belajar memasak bersamanya.
Tiba-tiba, sedang aku mengacau kariku di dalam periuk, telefon bimbitku berbunyi, memainkan lagu, Speak Now. Aku segera mendapatkan telefon bimbitku yang berada di atas meja dapur. Panggilan dari Ezza, aku segera menekan butang hijau.
“Hello, Assalamualaikum Ezza.” Kataku dengan nada ceria, sudah lama tidak berbual dengan gadis comel itu.
“Hai, Mamiey ! Rindu kau sangat-sangat.” Balas Ezza. Tersengih aku mendengar kata-kata Ezza, suka benar dia memanggil aku begitu. Dia ni sungguh manja orangnya.
“Ya, sayang. Ada apa kau call aku ni?” Tanya aku.
“Nak tau tak? Minggu ni ada kem dekat Restu Ibu Resort di Ulu Yam Bharu.” Kata Ezza.
“What?!” Selepas berkata begitu, aku menjerit bersama-sama Ezza. Memang kami begitu bila terlalu seronok.
“Yeah, ni kem apa eh? Tak kan lah pengakap kot. Kita dah lama tak aktif.” Aku bertanya pada Ezza.
“Ni kem untuk kelas 5 Sains 1 dan 5 Sains 2. Budak kelas 5 Sains 2 yang anjurkan, Elysa. Dia kata, saja untuk kita semua berjumpa kembali.” Jelas Ezza.
“Ohh, ramai ke yang pergi?” Tanyaku lagi.
“Tak ramai sangat, pergi dalam satu bas aje kot. Aku dah beri nama kau dengan Alia kat budak Sains 2 tu. Dah settle, nanti hari Jumaat, pukul 2 petang kita berkumpul dekat sekolah.” Jelas Ezza lagi.
“Ohh, thanks. Alia setuju ke? By the way, kenapa kau tak beri nama Deya sekali? Dia tak nak ke?” Aku bertanya.
“Alia dah setuju. Sebelum aku beri nama, aku dah bertanya pada dia. Aku tak tanya kau dulu sebab kau mesti nak pergi punya. Sekarang Deya di Singapura dengan ibu dia, ada fashion show katanya.”
“Tau, tau aje. Ohh, untunglah Deya, lawa.” Aku berkata sambil ketawa kecil.
“Okey lah, aku nak sambung masak ni.” Kataku lagi.
“Wow! Dah belajar memasak, ada makna ke ni?” Usik Ezza.
“Eh, salahkah perempuan nak belajar memasak, kau tau umur macam kita ni dah lewat belajar memasak tau. Mama aku kata, orang dulu-dulu, darjah satu lagi dah pandai masak macam-macam.” Balas aku.
“Tu orang dulu-dulu, orang sekarang main order kat bibik aje.” Kata Ezza, kemudian ketawa kecil.
“Kau memang pemalas, untunglah anak tunggal. Ditatang bagai minyak yang penuh lagi berlemak.” Aku memerli dia.
“Oit, biarlah.” Balas Ezza, kemudian kami sama-sama ketawa.
“Okeylah, budak rajin nak pergi sambung masak, budak malas pergilah baca novel lagi.” Kata aku dalam nada bergurau.
“Heh, bajet aje kau ni. Tau, tau aje aku tengah baca novel.” Kata Ezza lagi.
“Macam aku baru kenal kau tadi aje gaya dia cakap. Okey dah lah, layan kau alamat tumpahlah kuah kari aku tu. Goodbye, sayang.” Aku meminta diri.
“Yelah, budak rajin, bye.” Balas Ezza lantas meletakkan panggilan. Aku kemudian menyambung mengacau kari aku itu. Aku menghirup sedikit kuah kari itu.
‘Hmm, dah cukup rasa ni.’ Kataku dalam hati lantas aku mematikan api dapur.
****
Tengah hari itu, mama pulang untuk makan tengah hari bersamaku. Ibu juga makan bersama kami, sudah biasa kami semua makan bersama. Mama memuji masakanku.
“Ala, ni semua ibu yang ajar.” Kataku sambil mengenyitkan mata pada ibu.
“Iya, terima kasihlah kak, kerana mengajar si Mia ni memasak.” Kata mama kepada ibu. Mama sudah menganggap ibu seperti kakak kandungnya.
“Eh, semua Mia yang buat sendiri, akak tolong cakap aje.” Kata ibu pula.
Aku tersengih memerhatikan gelagat mereka, memang tak ubah seperti adik-beradik.
“Mama, minggu ni ada kem dekat Restu Ibu resort di Ulu Yam Bharu.” Aku memberitahu mama tentang kem pada hujung minggu ini.
“Ohh, kem pengakap ke?” Mama bertanya.
“Tak lah, kem untuk 5 Sains 1 dan 5 Sains 2. Ada budak Sains 2 yang anjurkan. So kem ni free aje, tapi tak ramai yang pergi. Satu bas aje.” Terangku pada mama.
“Ohh, okey. Nanti hati-hati tau kat sana, jauh tu. Dalam hutan pulak tu.” Mama menasihatiku.
“Ye, mama. Taulah Mia menjaga diri, macam Mia tak pernah pergi kem aje gaya mama cakap. Mia pernah pergi lagi jauh tau, sampai dekat Terengganu, dah tu dekat pulau pulak tu.”
“Eleh, mana tau nanti sesat ke lemas ke, tak ke naya.” Kata mama lagi.
“Okey, mama. Mia promise nanti Mia jaga diri Mia baik-baik. Anak mama ni dah biasa masuk hutan macam tu.” Aku menyakinkan mama sambil mengangkat tangan kananku seperti orang sedang berikrar.
“Betul ni? Mama rasa macam tak sedap hati pulak.” Mama memberitahu tentang khuatirnya.
“Dah mama. Jangan nak emo sangat. Mia sayang mama sangat-sangat dengan ibu sekali. Engkaulah ratu hatiku.” Aku menyanyikan lagu yang sering dinyanyikan untuk para ibu. Kemudian aku bangun dari duduk pergi ke tempat mama, aku memeluk dan mencium pipinya. Begitu juga dengan ibu, aku melakukan perkara yang sama.
****
Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Hari ini aku akan pergi ke kem tersebut. Mama yang menghantar aku ke sekolah, sebelum itu, berbagai-bagai bekalan mama berikan padaku sekali dengan nasihatnya. Setelah tiba di sekolah, aku meletakkan barang-barangku di atas meja kantin. Aku lihat ramai yang telah tiba, ada yang menegurku dan aku membalas tegurannya.
Aku lihat di suatu sudut, terdapat sekumpulan pelajar lelaki sedang bergurau senda. Dan aku terlihat Rayyan, dia memandang ke arahku. Aku kaget, aku memberikan senyuman padanya dan dia membalas senyumanku.
“Woi!” Sergah seseorang padaku. Tak lain, tak bukan pasti Alia orangnya. Aku menoleh, sudah ku agak. Alia mengambil tempat disebelahku.
“Waalaikumussalam.” Aku memerli dia.
“Opps, lupa bagi salam.” Kata Alia.
“Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.” Panjang lebar Alia memberi salam padaku, aku menjawab salamnya dalam hati.
“Ingat tak reti nak bagi salam tadi.” Aku memerlinya lagi.
“Hui, kau mengendap siapa tadi? Dah lah pergi tak ajak aku tadi, terkocoh-kocoh aku call ayah aku, suruh dia balik cepat dari solat Jumaat nak minta tolong dia hantarkan tau? Kesian aku.” Kata Alia dalam nada merajuk.
“Aku dah bagi salam kat rumah kau dekat tiga kali, tapi tak ada orang yang jawab pun. Dah tak ada orang jawab. Aku blah lah.” Aku tidak menjawab soalan pertama Alia tadi.
“Aik, aku bagi kau dua soalan, kau jawab satu aje. Sah, kau tak dapat A bahasa Melayu kau nanti, tak faham soalan, orang tanya dua soalan, dia jawab satu aje. Eh, ye ke kau ada panggil aku tadi? Tak dengar pun.” Kata Alia selamba.
“Oii, celuparnya mulut kau ni. Aku dah panggil kau lah, kau tu yang pekak tak dengar orang panggil dia kat luar.” Aku membalas, dengan pantas aku mencubit pinggang Alia.
“Adoi!” Alia menjerit lantang. Segan juga aku kerana kami menjadi perhatian orang. Aku hanya tersengih-sengih macam kambing untuk menutup seganku.
“Siapa suruh kau cakap macam tu, cakap pun boleh jadi doa tau?!” Marahku pada Alia.
“Eleh, sorrylah. Tak boleh nak dikawal. Aku cakap apa yang terlintas kat otak aku aje.” Alia menjawab.
“Hai, korang.” Seseorang menyapa kami. Ezzalah orang itu.
“Hai.” Aku membalas sapaannya.
“Hei, dia tak bagi salam tak apa pula.” Kata Alia tidak puas hati.
“Tapi dia tak sergah aku.” Aku membalas.
“Hei, apa ni. Gaduh? Tak baik tau, gaduh-gaduh. Kitakan kawan.” Ezza selalu menjadi orang tengah yang mematikan pergaduhan. Aku dan Alia hanya tersengih apabila mendengarkan kata Ezza.
Tiba-tiba, seseorang menjerit menyuruh kami semua beratur kerana bas sudah tiba. Aku dan rakan-rakanku dengan segera mengambil barang-barang kami dan beratur untuk menaiki bas.
Perjalanan mengambil masa satu jam lebih. Bas hanya boleh menghantar kami sehingga di kawasan tempat memakir bas di Kg. Kalong Tengah, Ulu Yam Bharu kerana jalan sempit untuk ke resort itu. Jadi kami terpaksa berjalan kaki sejauh lebih kurang satu kilometer. Berjalan sambil menikmati pemandangan alam semula jadi, amat menenangkan dan tidak meletihkan. Sempat kami bertiga mengambil gambar bersama.
Setelah tiba, ditapak perkhemahan, aku lihat terdapat sungai disitu. Dengan segera aku mengajak Alia dan Ezza untuk bermain di gigi air.
“Wah! Segarnya air sungai ni.” Kataku pada dua orang rakan ku.
“Huu, rasa macam nak terjun sekarang aje.” Kata Ezza pula.
“Setuju.” Kataku pada Ezza.
“Meh, aku tolong tolak korang dalam sungai ni.” Alia berpura-pura seperti mahu menolak kami ke dalam sungai.
“Eii, sengal lah kau ni.” Kataku dan Ezza serentak.
Selepas itu, kami semua berkumpul di kawasan yang lapang disitu. Walaupun di hutan, terdapat banyak kemudahan yang ada disini. Aku lihat beberapa orang fasilitator berada di samping Elysa.
‘Seperti pernah ku lihat mamat-mamat itu, tapi dimana ya.’ Aku berkata dalam hati.
Tiba-tiba, Ezza berbisik padaku.
“Tengok mamat-mamat semua tu, macam kenal aje kan? Rasanya diorang budak Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor. Kita selalu jumpa diorang di kem peringkat negeri atau daerah kan?”
“A’ah lah, baru ingat. Dah lama sangat tak pergi kem, dah lupa pasal diorang. Rasanya diorang ingat kita lagi tak?” Baru ku teringat tentang mereka. Aku bertanya pada Ezza yang sedang bermain mesej.
‘Mesti sedang bermesej dengan Alif. Hmm, dia pergi ke tak kem ni? Tak Nampak pun.’ Kata ku dalam hati.
“Entah, tapi dari tadi mamat tu asyik pandang sini aje.” Kata Ezza sambil tersengih.
Tiba-tiba aku lihat semua orang bangun. Terpinga-pinga aku dan Ezza.
“Eh, kenapa ni? Nak pergi mana?” Aku bertanya kepada Alia, selepas kami sama-sama bangun.
“Solat, lepas tu pasang khemah, kita free sampai Isyak. Korang tak dengar ke tadi? Aish! Mesti berborak aje tadi. Eh, korang boleh solat tak?” Kata Alia. Serentak itu, aku dan Ezza menggeleng kepala.
“Haiyok! Hati-hati tau, dalam hutan. Bahaya.” Aku dan Ezza faham akan maksud kata Alia itu.
“Ish, kitorang ni dah berpengalamanlah masuk hutan macam ni.” Aku berkata bagi pihak Ezza, dia hanya menganggukkan kepalanya.
“Haa, untunglah berpengalaman. Haa, kat situ tapak khemah perempuan. Korang berpengalaman kan? Nah, ambil khemah ni, pergi pasang. Aku nak pergi solat berjemaah.” Alia memberi arahan.
Tanpa membantah aku dan Ezza pergi memasang khemah, bukan susah, senang aje. Sempat kami berdua menolong orang yang tidak reti memasang khemah. Kemudian kami, meletakkan barang-barang kami di dalam khemah.
Aku mengerling kearah jam tangah ku. Sudah pukul 6 petang. Ramai yang pergi mandi di bilik air, Alia tidak terkecuali. Sanggup dia beratur panjang. Aku dan Ezza, sudah biasa tidak mandi sepanjang kem. Tapi kami tetap bersih dan wangi. Alia hanya mencebik bila kami kata kami tidak mahu mandi.
Malam itu, tidak ada banyak aktivit. Kami hanya mendengar ceramah, dari fasilitator tentang hutan dan alam semula jadi. Agak bosan, tetapi aku tidak merasa mengantuk. Dua orang rakanku sudah bermimpi agaknya. Ezza sedap aje, menyandarkan tubuhnya padaku. Alia pula sudah tersengguk-sengguk di sebelahku.
Ceramah tamat pada pukul 11 malam. Malam itu kami tidur dalam khemah beralaskan selimut masing-masing. Agak selesa bila tidur dalam khemas yang diletakkan diatas pasir. Dingin aje rasanya.
****
“Okey, sekarang kami akan membahagikan kamu semua kepada beberapa kumpulan. Kamu semua ada 40 orang kan? Saya mahu lapan kumpulan.” Jelas salah ketua fasilitator pada kami semua selepas Zohor.
“Korang semua boleh mengambil satu kertas dari dalam baling ini. Kertas ini akan menentukan anda dikumpulan yang mana.” Kata salah ketua fasilitator lagi kemudian bergerak dari seorang ke seorang.
Aku mendapat kertas yang bertulis nombor tujuh, Maksudnya aku kumpulan yang ketujuhlah. Manakala Ezza kumpulan yang pertama dan Alia kumpulan yang ke lapan.
“Okey, sekarang kamu semua boleh mencari 5 orang lagi ahli kamu.” Kata ketua fasilitator itu lagi.
Aku bergerak kepada orang yang menjerit nombor 7. Pasti dia ahli kumpulan aku. Dia ialah Shafiqa dari kelas 5 Sains 2. Aku tidak berapa rapat dengan dia, tapi dulu kami pernah rapat semasa di tingkatan satu.
“Fiqa!” Jeritku memanggil namanya.
“Damia!” jeritnya pula.
Kami saling berpelukan. Tiba-tiba, datang tiga orang lelaki iaitu Aiman, Daniel dan Rayyan. Aku ada dengar yang Shafiqa dan Aiman berpasangan. Aku jadi kaget apabila Rayyan juga satu kumpulan dengan aku. Tapi aku sungguh gembira. Tersengih-sengih aku memandang Rayyan.
“Hei, korang kumpulan 7?” Tanya Aiman pada kami.
“A’ah.” Kata Shafiqa sambil tersenyum manis pada Aiman.
Aku hanya menganggukkan kepala. Aku memandang kearah Daniel. Dia sedang merenung tajam kepadaku. Mati terus senyumanku.
‘Aduh! Kenapa dia satu kumpulan dengan aku? Nasib kaulah, Mia.’ Kataku dalam hati.
Daniel, jejaka yang pernah meluahkan perasaannya padaku dan dia pernah meminta untuk aku menjadi pasangannya. Tapi aku tidak menerima, aku kata padanya.
‘Lebih baik menjadi teman daripada berpasangan. Lebih mesra.’ Kataku padanya.
‘Baiklah, kita jadi teman tapi mesra.’ Katanya sambil tersenyum kelat.
Sejak itu, bila berselisih kami akan pandang kearah lain. Sekali sekala aje, kami berbalas senyum. Kekok rasanya.
Aku memandang kearah Ezza tidak jauh dari kumpulanku. Aku melambaikan tangan padanya. Aku lihat dalam kumpulannya ada Alif. Rupanya, dia juga menyertai kem ini. ‘Untung kau Ezza.’ Mata Ezza memandang ke arah Rayyan. Kemudian dia menjerit pada ku.

“Good luck.” Sambil menaikkan ibu jari tangannya.
Aku tersenyum malu. Aku terpandang pula Alia, kumpulannya berada di sebelah kumpulanku. Alia memandang kearah Rayyan. Reaksinya juga seperti Ezza tetapi dia datang berbisik padaku.
“Oii, untunglah satu group. Try lah tackle dia.” Alia mengusikku.
Kemudian dia pergi kembali kepada ahli kumpulannya. Sempat dia menjerit padaku.
“Fighting!” Ayat yang biasa disebut dalam drama Korea. Aku ketawa kecil.
“Okey semua, beratur dalam satu barisan.” Jerit ketua fasilitator.
Shafiqa beratur di hadapan sekali dalam kumpulanku. Aku pula dibelakangnya, belakang aku pula, Aiman seterusnya Rayyan dan akhir sekali Daniel.
“Sekarang setiap kumpulan akan ada satu fasilitator. Okey fasilitator semua. Bergerak kepada kumpulan anda.” Semua fasilitator mengambil tempat. Fasilitator kumpulan aku, ialah Amin.
Aku terasa sedikit berdebar apabila dia memandang kepadaku. Entah, aku pun tidak tahu kenapa berasa aku begitu.
“Selepas ini, kita akan masuk ke hutan. Kita akan buat jungle trekking. Okey kumpulan satu, sila bangun anda akan berada di hadapan sekali manakala kumpulan lain, ikut disebelahnya. Maknanya satu barisan 24 orang termasuk fasilitator, tapi anda semua harus dalam kumpulan masing-masing.” Jelas ketua fasilitator itu.
“Okey, kita bergerak sekarang.” Kata ketua fasilitator lagi.
Aku tidak mengikut arahan. Aku pergi kepada Ezza, sebelum itu aku sempat menarik tangan Alia. Bukan kami sahaja yang tidak mengikut arahan yang lain juga sama aje.
Sangat seronok berjalan-jalan di dalam hutan. Kami terpaksa memanjat bukit kecil, melalui jalan yang licin dan bahaya juga meredah sungai. Aktiviti meredah sungai itu sangat seronok. Ramai yang terjatuh dalam air sungai itu sehingga paras dada. Agak dalam, tetapi tidak terlalu deras. Ramai yang kuyup. Apabila kami tiba disuatu kawasan lapang, kami berehat untuk sementara.
“Okey, kita akan solat Asar disini.” Kata ketua fasilitator.
Aku terasa ingin membuang air kecil, aku lihat Ezza sedang duduk di bawah pokok. Aku pergi kepadanya.
“Ezza, jom ikut aku kejap. Tak tahan nak buang airlah.” Kata aku tertahan-tahan.
“Laa, sekarang ke? Nak buang kat mana? Tak ajak Alia ke?” Tanya Ezza sambil tersengih.
“Yelah sekarang, tak kan 2 hari lagi kot. Jom jelah ikut aku. Alia tengah solatlah.” Kata aku lantas menarik tangan Ezza mengikut langkahku.
Kami berjalan agak jauh dari tempat tadi, memang sangat jauh. Aku takut nanti ada orang nampak pula aku sedang buang air.
“Mia, dah jauh dah ni. Dah boleh dah.” Kata Ezza.
“Okey, aku buang air kat belakang semak tu. Aku tengok bersih aje.” Aku kata sambil tersengih.
“Yelah, cepat nanti kita kena tinggal, dah la kita tak cakap kat siapa-siapa.” Kata Ezza sambil menekan-nekan pada skrin telefon bimbitnya. Pasti sedang bermain mesej dengan Alif
“Okey, okey. Kejap.” Kataku lantas pergi ke sebalik semak itu. Nasib baik aku bawa air bersama.
****
“Okey semua, siap. Kita bergerak pulang sekarang.” Kata ketua fasilitator.
‘Eh, mana Ezza dengan Mia ni, tak Nampak pun. Mungkin kat belakang kot.’ Kata Alia dalam hati. Kemudian dia berjalan bersama ahli kumpulannya.
****
“Rayyan, kau Nampak Mia dengan Ezza tak?” Tanya Alif setelah menarik tangan Rayyan.
“Eh, mana aku tahu. Aku baru lepas solat tadi. Tu diorang dah nak jalan, jom lah. Mungkin diorang dah jalan dulu.” Balas Rayyan.
“Eh, aku dah cari tapi tak jumpa pun. Mana mungkin diorang ada kat depan. Tadi Ezza text kat aku, dia kata dia temankan Mia nak buat something.” Kata Alif.
“Haa, something? Buat apa tu?” Tanya Rayyan sambil tersengih.
“Hei, kau ni gatal. Dah la jom cari diorang.” Kata Alif lantas menarik tangan Rayyan dan berjalan laju ke belakang.
“Eh, bagi tau lah fasilitator dulu, kang tak jumpa jalan balik, tak ke naya.” Kata Rayyan, risau.
“Ala, telefon kan ada. Tak yah risau lah.” Balas Alif acuh.
‘Haa, ada line ke dalam hutan macam ni.’ Kata Rayyan dalam hati. Mereka berjalan laju, tanpa arah tujuan. Main jalan mengikut kata
hati.
****
“Okey, dah siap. Ahh, selesanya.” Aku berkata.
“Eii, tak ada line pulak kat sini, jom jalan cepat.” Kata Ezza.
“Eh, kita ikut jalan mana tadi?” Tanya aku pada Ezza.
“Eh, aku ingat kau dah hafal jalan. Selamba aje jalan tadi.” Ezza membalas.
“Haa, jalan ni kot.” Kataku yakin, tetapi rasa risau jika salah jalan.
Setelah berjalan hampir sepuluh minit, kami kembali pada tempat berkumpul tadi.
“Eh, Mia. Ni tempat tadi kan? Tak ada orang pun, mesti kita dah kena tinggal.” Kata Ezza seperti mahu menangis.
“A’ah, laa. Tak kan diorang tak check dulu siapa kena tinggal atau apa-apa kot.” Aku berkata seperti mahu menangis.
“Ala, hari dah nak senja. Takutlah, nak jalan.” Kata Ezza yang sudah menangis. Aku yang melihat juga sudah menangis.
“Try la call siapa-siapa.” Aku memberi cadangan.
“Ala, tak ada line lah. Eh, kejap ada sikit.” Kata Ezza dengan pantas dia mendail nombor Alif.
****
“Hui dah jauh ni, tak kan lah jauh sangat kot dia orang pergi buat something?” Kata Rayyan setelah berjalan agak lama.
“Eh, ada orang call.” Kata Alif tiba-tiba.
“Hello Ezza ! Awak kat mana?” Tanya Alif.
“Kita orang sesatlah.” Balas Ezza.
“Haa, sesat?! Kat mana ni?” Tanya Alif lagi.
“Kat tempat kita solat tadi.” Kata Ezza.
“Haa? Tak dengar!”
“Hello! Hello!” Jerit Alif.
“Aduh aku tak dengarlah diorang kat mana tadi, yang aku dengar, tadi.. ” Kata Alif pada Rayyan.
“Kat tempat tadi kot.” Kata Rayyan.
“Okey kita pergi sekarang.” Kata Alif lantas berlari ke tempat itu.


BERSAMBUNG ! ^^



My Rayyan ! >.< 



Hey and Assalamualaikum !
Speaking here is Ummi Rachael
Thanks for reading my novel
Do comment on my cbox :3



Story About Love




Template By: Umi Humaira
Big helped: Wana
Owner: Ummi Rachael